Thursday, May 20, 2010

CALON UNTUK ZAUJAH


Assalamua’laikum wbt.
Kehidupan dunia ini hanya sementara bak kata orang inggeris ‘life is short’. Walau bagaimanapun setiap kita sebagai hamba Allah diberi tugas dan amanah untuk dilaksanakan dalam tempoh hayat masing-masing. Ada orang mengadap Allah dalam keadaan dia belum menyempurnakan amanah yang ditugaskan. Ada orang dijemput Allah dalam keadaan dia telah selesai melaksanakan amanah yang diberikan. Aku berdoa supaya aku mengadap Allah dalam keadaan husnul khatimah dan aku telah bersedia untuk mengadap Allah. Kepada calon isteriku warkah ini ku taip untuk sentiasa mengingatkan kita kepada destinasi sebenar arah hidup ini..

Ya ukhti..

Kahwin bukanlah satu matlamat dalam kehidupan kita ini. Sepertimana ku memilih mu sebagai teman pelayaran hidupku juga bukanlah antara matlamat hidupku ini. Namun semua itu adalah merupakan jalan-jalan yang perlu ku pilih untuk menuju ke matlamat dan destinasi kehidupan yang sebenar. Kahwin dalam tuntutan agama adalah untuk menyempurnakan agama dalam hidup kita. Begitulah juga dengan ku. Dan ku memilih dan mencintaimu adalah kerana agama yang ada padamu dan perjuangan Islam yang kamu perjuangkan. Jika kamu tinggalkan satu antara dua itu secara automatik juga hilangnya cintaku padamu.

Ya ukhti..

Bila mana kamu memilihku sebagai calon suamimu. Maka hendaklah kamu sedar dan percaya kamu akan dimadukan dengan perjuangan yang telah diamanahkan kepada kita. Begitu juga dengan diriku hendaklah ku sedar bahawa calon isteriku juga seorang pejuang yang mana terbeban amanah pada dirinya. Aku sayangkan kamu tapi aku lebih sayangkan Islam sebagai agamaku dan agamamu.

Ya ukhti..

Aku sekarang sudah punya pekerjaan tetapi aku tidak tahu sampai bila aku akan terus mampu untuk bekerja dan pekerjaan ini akan terus menjadi milikku bagi menyara keluarga kita nanti. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..

Aku sekarang sudah punya perancangan masa depan untuk hidup bersama mu, namun aku sentiasa ingat dan sedar bahawa Allah juga punya perancangan untuk kita dan aku tidak tahu adakah perancangan ku sama dengan perancangan Allah untuk membahagiakan mu dan memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti dengan sedaya upayaku. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..

Jika wang,dan harta yang kamu inginkan dariku, maka aku bukanlah calon terbaik untuk semua itu. Kerana modalku hanyalah Islam, dan hartaku juga Islam yang ku perjuangkan. Ku memohon maaf jika suatu masa nanti dirimu akan hidup susah kerana berkahwin denganku dan mungkin suatu masa nanti aku juga sudah tiada upaya untuk menangungmu dan membahagiakanmu. Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku.

Ya ukhti..

Aku sekarang masih lagi punya tenaga dan kekuatan untuk terus berusaha dan bekerja bagi memberi yang terbaik untuk keluarga kita nanti. Tetapi aku tidak tahu selama manakah aku akan terus punya kekuatan dan tenaga ini untuk memberi yang terbaik kepadamu dan kepada anak yang bakal kamu lahirkan nanti (InsyaAllah). Walau bagaimanapun aku akan terus berusaha sedaya upayaku untuk membahagiakanmu seperti mana perintah Allah yang menjadikan mu sebagai amanahku. Amin....InsyaAllah...

Monday, October 5, 2009

KEDUDUKAN SEBAGAI HAMBA ALLAH



ASSALAMUALAIKUM....


Perancanganku untuk balik kampung ziarah nenek dan atuk terbatas disebabkan kesuntukan waktu. Perjalanan ke rumah pak su mat yang jauh di samping mengharapkan akulah orang pertama yang akan sampai dahulu di rumahnya. Setibanya di sana aku melihat deretan kereta penuh di halaman rumahnya dan aku mula beranggapan mungkin aku diantara orang yang 40 yang akan menerima rawatan darinya.


kesedihanku terusik saat melihat seorang adik lelaki menahan kesakitan disebabkan kakinya patah..Kesakitannya tidak sampai meraung-raung tetapi dapat dirasai melalui reaksi kenyikan mukanya sehinggakan air mata jernih menitis membasahi pipinya..


Ayahnya yang menribanya dan ibunya yang sentiasa berada disisinya sentiasa memberi semangat kepadanya menahan kesakitan..Sentuhan urutan pak su mat yang lembut diselangselikan celutan minyak pada jarinya yang bertujuan mudah untuk menarik urat2 yang tersimpul dan berusaha untuk membetulkan semula tulang betis yang patah itu.


Beginilah keadaan rumah pak su mat yang sentiasa dikunjungi pesakit-pesakit yang setiap harinya berlainan rupa dan yang datang berlainan tempat. Walaupun usianya yang berusia 74 tahun tetapi sekali pandang macam 58 tahun, dua kali pandang macam berusia 59 tahun, dan kali ketiga pandang raut wajahnya macam 60 tahun.


Sukar rasanya bilamana mempercayai umurnya 74 tahun.Orang yang berilmu dan beramal sepertinya apabila sekali mata memandang sejuk rasa hati.Sikap yang suka menolong manusia menjadikannya dia dikenali ramai malah ade yang sanggup datang dari jauh untuk berubat dengannya.Peribadi yang soleh terpancar di wajahnya disamping keperibadiannya yang hebat.


Sikapnya yang suka berubat sambil bersembang disaat aku menunggu giliran.Sedang leka aku mendengar, aku tertarik dengan peringatan yang diungkapkannya apabila dia memperingatkan bahawa manusia adalah sebagai makhluk bertaraf penumpang di bumi Allah, bernafas dengan udara, makan pelbagai rezeki dan minum air yang segar semuanya adalah kepunyaan Allah.


Termenung aku sebentar apabila mendengar ungkapan seperti itu..Mula aku terfikir akan kejadian manusia dan tugas manusia yang sebenar kenapa Allah ciptakan..Kita diciptakan adalah untuk beribadat kepada Allah dan wajib kita taat kepadaNya, berperasaan takut kepadaNya dan semua ini hanyalah dapat dirasai oleh orang2 mukmin yang hidupnya hanyalah kepada Allah.


Kita ini adalah kepunyaanNya, maka Allah berhak menetapkan peraturan dan kita sebagai manusia wajib mematuhinya tanpa sebarang dalih.Rasulullah SAW sebagai contoh diberikan amanah oleh Allah untuk menyampaikan suruhan agama kepada seluruh umat manusia agar tidak tersesat keluar dari agama Allah yang merupakan agama yang sebenar.


Walaupun Rasulullah SAW menghadapi berbagai-bagai halangan dikalangan yang menolak agama islam ini namun diatas tanggungjawabnya memikul agama dan amanah yang dipegangnya untuk menyelamatkan umatnya yang akan dibangkitkan diakhirat kelak.


Teringat sebuah buku yang saya baca yakni ucapan Rasulullah SAW di kaki jabal Rahmah ketika di Arafah.ucapan tersebut dibuat setelah Rasulullah SAW menyampaikan seluruh amanah sebagai seorang Rasul Allah SWT yang dimaksudkan tugas2 amanah adalah tugas2 berkaitan keagamaan iaitu suatu beban yang tidak mampu ditanggung oleh makhluk lain seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:-


" sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bukit dan gunung ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi jahil." (al-Ahzab :72)


Allah Swt menciptakan manusia sebagai makhluk mukallaf untuk memikul tanggungjawab agama yang telah diamanahkan oleh Rasulullah SAW.Rasulullah bukan sahaja menyampaikan tanggungjawab agama kepada manusia terlebih dahulu bahkan mengamalkannya segala perintah dan meninggalkan segala larangan yang ditegah oleh Allah.


Malah Rasulullah SAW juga berpesan kepada manusia agar berjihadlah pada jalan Allah samada bekerja keras dari segi pemikiran, harta benda bahkan dengan darah nyawa.Walau betapa hebat sekalipun kehidupan kita sebagai manusia di dunia ini yang merupakan tempat persinggahan sementara untuk mencari bekalan pahala di akhirat kelak namun setiap dikalangan manusia itu tidak akan seorang pun yang akan terlepas daripada merasakan sakitnya mati.


Manusia dan binatang@ makhluk yang bernyawa akan menemui kematian, makanan akan basi, besi akan berkarat, rumput akan layu, pokok akan tumbang menyembah bumi walau betapa hebat dan kuat mana sekalipun akan musnah semuanya saat tibanya kiamat. Inilah hakikat kehidupan didunia ciptaan Allah SWT. Semuanya telah jelas diterangkan di dalam kalam Allah iaitu al-Quran dan penyampainya Allah jadikan dikalangan manusia yakni Rasulullah SAW iaitu kekasih Allah dan merupakan contoh terbaik untuk semua manusia.


Jadi kenapa harus dipersoalkan benda yang telah nyata, kenapa penolakan agama islam masih jelas lagi di zaman ini. cukuplah hidup didalam kejahilan, bukalah mata, gapailah ilmu supaya cahaya yang penuh dalam kegelapan disinari cahaya yang terang, tinggallah perkara yang dilarang dan berimanlah kepada Allah. Berbuat baiklah selagi mana diberi kesempatan untuk terus hidup, gunalah segala pinjaman yang Allah berikan kepada kita semua sebaik2nya.


contohilah jihad Rasulullah SAW dan menerima peringatannya agar manusia tidak lalai dalam mentaati Allah SWT supaya terhindar daripada penyesalan di akhirat kelak.....




HADIAH UNTUK BONDA


KELAHIRAN - ADI PUTRA



AnNur menyuluh

seluruh alam semesta

Terangnya amat menyilaukan

Pancaindera


Hanya Ibunda

Sentiasa memuja

Ikhlas dari lubuk hatiku

Puspawarna


Bertahun dah berlalu

Tinggalkan rasa pilu

Amat sukar disembuh lagi

Menjadikan sayup


Kelahiran

bagiku istimewa

Ku bersyukur padamu

Bonda….


Kekusutan

Akan ku hadapi

Kerna berjauhan darimu

Telah sekian lama


LAMAN INI MENJADI SAKSI UNTUK AKU MENZAHIRKAN RASA RINDU DAN

SAYANGKU PADA BONDA..

HIDUPNYA AKU SELAMA 22 TAHUN INI ADALAH KERANA BERKAT DOA

DAN KASIH SAYANG BONDA DAN AYAHANDA KEPADAKU..

TIADA RASA YANG MEMBAHAGIAKANKU MELAINKAN BOLEH MEMBUAT

BONDA TERSENYUM.

REDHA ALLAH TERLETAK PADA REDHA BONDA..

SESUNGGUHNYA SYURGAKU DI BAWAH TELAPAK KAKI BONDA..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 52 UNTUK BONDA TERSAYANG

(04 OKTOBER 1957)

Friday, October 2, 2009


Assalamualaikum…



Terasa ringan tangan untuk menulis arini…mana tak nyer,baru nak rasa nikmat berada di dalam dunia blog..huhuhuu..Arini juga genap ana cuti sakit 22 ari..Satu angka yang teramat panjang masanya..

Maklum laa ade kalanye kita akan rasa gembira,ada kalanya rasa sedih,dan ada kalanya terasa ujian yang begitu hampir dan ada kalanya yang datang tak disangka2 dan adakalanya yang datang merupakan cubaan berat kepada kita..
Siapa sangka disebalik ujian itu ader hikmahnye..Sedangkan Allah SWT tidak akan menguji melebihi kemampuan hambanya.Moga Allah SWT pelihara kita semua..

Bila saja tiba arie jumaat seringkali ana memasang niat untuk turut hadir meringankan atur langkah kaki ana untuk mendengar pengisian kuliah pagi daripada tuan guru disampaikan kepada masyarakat kelantan di bandaraya kota bharu bila mana setiap kali ana pulang ke negeri tercinta ni.
Biasalah anak perantau mencari rezeki dan menimba ilmu di negeri orang..Selepas solat subuh biasanya ana terjaga,tapi arini terasa ingin untuk beristirehat(tido laa namenyer) tapi banyak kepada tido lagi..huhu..Tapi alhamdulillah, terjaga juga ana seawal 7.30 pagi..Aper lagi,bergegas laa persiapkan diri,memanaskan engin kereta Myvi SE yang hampir 2 hari sejuk tersadai dibawah garaj..jadual pagi, ku khususkan untuk majlis ilmu tersebut..




Sudah lama ana tak menantap wajah tuan guru ‘face to face’, terasa sejuk rintihan hatiku..huhu..Mana tak nyer idola berada di hadapan mata..Melihat keadaan di sekeliling yang senantiasa dipenuhi oleh masyarakat kelantan yang lain penampilannya..

Hati kecik nie mula membezakan antara masyarakat disini dan di tempat ana merantau..ternyata begitu berbeza sekali corak kehidupan yang dipamerkan diantara kedua2nya..Terasa bangga ana menjadi rakyat kelantan.beginilah corak kehidupan yang kuinginkan yang selama ini ku gapai2 tapi tak jumpa..huhu…

Cogan kata ’MEMBANGUN BERSAMA ISLAM’ inilah yang melambangkan kemajuan penbangunan yang sebenar yang ada pada negeri Serambi Mekkah..Berdasarkan corak islam yang telah disemaikan melalui pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat inilah yang sepatutnya dibanggakan dan dicontohi, melalui kebenaran perjuangan yang dibawanya bersama2 kemegahan islam yang diperjuangkan seharusnya menjadi kebanggaan kita semua untuk menegakkanya..
Pembangunan yang disemaikannya bukanlah dari segi pembangunan bangunan yang didirikan semata2 tetapi yang lebih penting adalah pembangunan dari segi akhlak dan nilai2 islam yang diterapkan ke dalam jiwa masyarakat kelantan yang lebih diutamakan...Dan yang berperanannya bukan saja terletak di bahu masyarakat kelantan,tetapi adalah menjadi suatu kewajipan terhadap seluruh masyarakat di seluruh dunia…Setiap dikalangan kita adalah da’ie,maka berbuat baiklah dan sampaikanlah dikalangan saudara kita…selangkah kamu pertahankan islam sungguh2,insyallah ganjaran pahala yang berlipat kali ganda akan menantimu.




Jadilah MANUSIA YANG TERBAIK dimuka bumi ini wahai sahabat…kejarlah cintaNya sungguh2x..

Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Iman Ahmad dan at-Thobrani : Daripada Durrah binti Lahab RA katanya, seorang lelaki menuju kepada Rasulullah SAW yang sedang berada diatas mimbar seraya berkata : Wahai Rasulullah!! Siapakah jenis manusia yang terbaik? Sabda baginda SAW : Manusia yg paling baik ialah orang yang paling banyak membaca al-Quran, yang paling bertaqwa,paling banyak menyuruh berbuat kebaikan, paling banyak melarang kemungkaran dan paling banyak menghubungkan silaturrahim..

Begitulah, terdapat lima ciri2 manusia yang terbaik yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada kita semua..

Diantara ciri yang pertama ialah mereka yang banyak membaca al-Quran..Dengan membaca al-Quran hati yang bergelora dan serabut boleh menjadi sejuk, mendamaikan jiwa dan menenagkan fikiran yang kacau..kerana apa???kerana al-Quran adalah mu’jizat yg diturunkan Allah SWT supaya menjadi penawar kepada penyakit rohani dan jasmani kita..sepertimana firman Allah SWT :

‘Dan Kami turunkan al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian’. (al-Isra :82).

Jadi, al-Quran itu bukan saja dibaca tanpa difahami maknanya, walaupun orang kata tanpa difahami mendapat pahala, tetapi ianya adalah sumber rujukan kepada kita jadi tersangat2 wajarlah kita untuk memahami dari sudut maknanya dan huraiannya, supaya rutin harian kehidupan kita sentiasa dipenuhi mengikut kehendak islam yang berlandaskan al-Quran sebagai rujukan kita dan sunnah Rasulullah sebagai contoh kepada kita semua ..

Ciri kedua ialah orang yang paling tinggi taqwanya.

Sayyidina Umar al-Khattab RA pernah bertanya kepada Sayyidina Ubai bin Kaab RA tentang taqwa. Sayyidina Ubai bertanya kmbali kpd Umar.

“Pernahkah kam melalui jalan yg berduri?” jawab umar.”sudah tentu”. Ubai bertanya”apa yg kamu buat?”.. umar jawab “say menyinsing kain lalu berjalan dengan berhati2”. Kata ubai “itulah taqwa”.

Yg nk disampaikan adalah berhati2 dalam sebarang tindakan samada pertuturan, perbuatan mahupun niat..itulah yg dimaksudkan taqwa.

Ciri ketiga ialah yang paling byk menyuruh kebaikan..
Firman Allah SWT:

“ jadilah engkau manusia pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yg kebaikan,serta berpalinglah daripada orang2 yg bodoh”.(a-A’raf :199)

Ciri keempat ialah orang yang melarang kemungkaran


Ciri kelima ialah menghubungkan silaturrahim
Kalau kita lihat dari segi hubungan terlalu banyak ruang yg boleh kita jalinkan.kehidupan berjiran umpamanya menerima dan mengundang tetamu ke rumah, mengucaapkkan salam, bercakap yg baik dan tidak menyinggungkan perasaan sahabat, memberikan hadian. Semua itu adalah hubungan silaturrahim..demikianlah Rasulullah SAW mendidik kita menjadi manusia yg terbaik dan contohnya telahpun Baginda berikan kepada umatnya,umat akhir zaman..pelajarilah contoh Rasulullah melalui sirah yg telah ditinggalkannya…

Monday, September 28, 2009

ADAB BERHIBUR

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya seperti yang firmankan oleh Allah: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (surah Az Zariyyat :56) Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT. Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT. ISLAM DAN HIBURAN Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’. GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita. Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya: “Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa”. (surah Taaha : 15-16)2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. “Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya”. (Hadis Riwayat Muslim) 3- Muzik atau nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut: “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.” (surah Al Qasas : 55) “Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka. 5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram. Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.” (surah Al A'raf : 26) Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim) “Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik).” (Hadis Riwayat Tarmidzi) 6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama /lakonan-lakonan liar dan seumpamanya. Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi) 7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT: “Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (surah Al Ahzab : 32) Dan Rasulullah SAW juga bersabda: “Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) PERINGATAN Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman: “Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.” (surah Al Lukman :6) Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan. KESIMPULAN Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.